Pages - Menu

Tuesday 23 September 2014

❤ Doa Untuk Mu Ibu


  Assalamualaikum..salam sejahtera,

       Pada tarikh 22 September 2014, perginya seorang Ibu yang selama ini membesarkan kami adik beradik dengan begitu tabah, seorang insan yang melahirkan kami ke dunia ini,yang selalu mengajar kami tentang kebaikan.. Dia seorang ibu yang sangat baik. Ya Allah sungguh berat dugaan Mu, bagaimana kami 5 beradik meneruskan kehidupan :( setiap sudut ruang dalam rumah ini mengingatkan kami padanya :( Kadang-kadang terfikir, kenapa ibu ku,kenapa Allah menjemputnya begitu awal sedangkan kami belum puas menikmati hidup bersamanya, umurnya baru 53 tahun sedangkan ramai lagi yang lebih tua jika di banding dengannya, tetapi itu lah yang di katakan takdir Allah.. Ajal maut semua di tanganNya dan kita sebagai hamba harus redha walaupun ia amat berat.





   Sehingga ke hari ini kami adik-adik masih berat untuk menerima hakikat yang ibu sebenarnya sudah tiada lagi. Kekadang bila melihat baju-baju arwah dalam almari miliknya, sebak rasa di dada sehinggakan susah untuk ku bernafas, bagaimana nak melupakan insan yang bersusah payah bertaruh nyawa mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan, membesarkan, sesungguhnya ia bukan lah kerja yang mudah. Ya Allah hanya Engkau yang mampu membalas jasa mereka yang bergelar Ibu. Kepada kawan-kawan yang masih mempunyai ibu, jaga lah mereka sebaik mungkin,jangan pernah mengeluh ketika menjaga mereka, kerana susungguhnya dunia ini hanya lah pinjaman, Allah bila bila masa menjemput kita. Marilah kita saling bermaafan, sayang menyayangi antara satu sama lain.

Doa untukmu Ibu ; 

  "Ya Allah Ya Tuhan ku, jagalah ibu ku, luaskan lah kuburnya, jadikan la kuburnya taman-taman syurga agar dia selesa.. hanya Engkau yang mengetahui betapa kami merinduinya. Dia seorang ibu yang baik,sanggup bersusah payah dalam membesarkan kami..mendidik kami. Dia seorang insan yang suka bersedekah dan sangat prihatin pada orang-orang yang serba kekurangan. Jagalah dia seelok eloknya, walaupun berat kehilanganya namun kami redha akan ketentuan Mu.."




Seri



Terima Kasih

No comments:

© Cinta Allah , Cinta Rasul , Cinta Ibu Ayah